ALOR SETAR: Menyedari peningkatan kos sara hidup ketika ini yang semakin menghimpit golongan kurang berkemampuan, pasangan suami isteri di Simpang Empat, di sini, merintis inisiatif menyediakan
makanan percuma kepada orang ramai.
Pasangan Jaffri Ahmad, 59, dan Mazlina Makaruddin, 59, mengambil inisiatif membuka 'Rumah Makan Percuma' (RMP) untuk memberi makan tengah hari kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama dan status.
Menurut Jaffri, yang juga Presiden Bismi Empire, idea untuk mengasaskan RMP tercetus
selepas beliau pulang daripada menunaikan umrah di Tanah Suci.
Katanya, melihat masyarakat dari seluruh dunia berlumba-lumba memberi makanan percuma kepada jemaah di Mekah menjentik kesedaran kepada beliau untuk melakukan perkara yang sama sekembali ke tanah air.
Beliau berkata, ditambah dengan kesan pandemik COVID-19 sebelum ini mengakibatkan ramai mereka yang terkesan menyebabkan beliau Jaffri dan isteri mengusahakan RMP
Jaffri berkata, pada permulaan mereka menyediakan makanan untuk 200 orang dan jumlah itu kini telah bertambah kepada 500 orang setiap hari.
RMP beroperasi pada pukul 12 tengah hari hingga 2 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan ditutup pada setiap hari Sabtu.
“Pada awalnya lagi kami sudah memikirkan benda-benda yang selalu terlintas iaitu siapa yang nak datang makan… berdebar juga menunggu hari pertama bila kami lancar Rumah Makan Percuma ini .
“Tidak ada gunanya kami buat persediaan, buat menu istimewa untuk memberi makan tetapi tak ada orang yang nak datang makan, tetapi Alhamdulillah pada hari pertama pembukaannya, penyediaan kita untuk 200 orang makan habis dan ini menguatkan kami untuk menyediakan lebih banyak makanan percuma setiap hari,” jelas Jaffri.
Menurut bapa kepada empat cahaya mata ini, setiap pekerjaan mesti ada risikonya, namun, baginya semua itu alah tegal tinggal biasa.
Beliau berkata, dalam melakukan kerja-kerja amal ini, apa yang penting baginya ialah kepuasan tatkala melihat perut insan yang datang pulang dengan kekenyangan dan mengukir senyuman.
Dalam masa sama, Jaffri sangat bersyukur dan terharu kerana sejak RMP beroperasi pada 2001, ada saja pihak yang bersama-sama beliau menghulur bantuan dengan menyumbang beras, sayur, minuman dan kuih-muih.
“Walaupun kos itu meningkat tetapi kami bersedia menghadapi apa sahaja rintangan atau kos sebab apa yang sering saya fikirkan rezeki Allah bagi sebenarnya ada bahagian-bahagian untuk mereka (golongan kurang berkemampuan),” terang beliau lagi.
Program ini tidak akan berjalan tanpa tukang masak yang akan menyediakan makanan setiap hari.
Bagi tukang masak Azura Zainol, 49, antara menu yang lazimnya disediakan di RMP ialah nasi putih, ayam dan sayur pelbagai jenis masakan serta air.
Menu-menu di RMP juga, kata Azura, akan berlainan setiap hari.
Dia yang berpengalaman mengendalikan dapur di sebuah hotel sebelum ini tidak langsung kekok atau payah untuk masak dengan kuantiti yang banyak.
“Puas bila tengok orang makan… siap bertambah (bermakna) depa (mereka) puas hati. Menu utama adalah ayam dan terpulang pada saya nak masak macam mana (resepi) selain sayur dan sambal belacan wajib (disediakan) dengan ulam-ulam setiap hari… menu bertukar-tukar setiap hari sesekali ada juga (menu) daging atau ikan disediakan,” kata Azura.
Sementara itu, pengunjung yang menikmati makanan percuma itu bersyukur dan berterima kasih kepada insan yang pemurah seperti pasangan Jaffri dan Mazlina yang sanggup menjamu setiap hari.
Rata-rata mereka ditemui datang bersama keluarga dan ada juga yang datang bersendirian terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan bangsa.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Feb 22 2023
Pasangan Jaffri Ahmad, 59, dan Mazlina Makaruddin, 59, mengambil inisiatif membuka 'Rumah Makan Percuma' (RMP) untuk memberi makan tengah hari kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama dan status.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
JIM, KDN teroka penggunaan kod QR di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka kaedah penggunaan kod respons pantas (QR) di beberapa pintu masuk utama negara bagi menangani isu kesesakan.
Penyelia tapak didenda RM3,500 ugut, cederakan teman lelaki bekas isteri
Penyelia tapak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan teman lelaki bekas isterinya minggu lalu.
Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur
DBKL meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Tanpa mengira bangsa dan agama, Rumah Makan Percuma bantu golongan memerlukan
Jaffri Ahmad, 60, dan isterinya, Mazlina Makaruddin, 57, mengambil inisiatif membuka 'Rumah Makan Percuma' (RMP) untuk memberi makanan percuma kepada sesiapa sahaja.
Pasangan suami isteri beri makan percuma di Alor Setar
Rumah Makan Percuma di Simpang Empat, Alor Setar diasaskan oleh Jaffri Ahmad dan isteri untuk bantu golongan kurang berkemampuan.